skip to main | skip to sidebar

ABANG KAHWIN 8&15/3/14

ABANG KAHWIN 8&15/3/14

Monday, April 21, 2014

abang kahwin8&15/3/2014

Posted by rozdi at 3:22 AM No comments:

Sunday, November 20, 2011

Bersama club chery at Pantai merdeka







Posted by rozdi at 8:22 AM No comments:

Monday, February 7, 2011

Club chery convoi ke Wang Kelian

Posted by rozdi at 1:49 PM No comments:
Labels: chery club convoi pada 5/2/2011

Saturday, November 27, 2010

Gambar member smvk'82 dirumah kenduri Pak Non

Posted by rozdi at 8:21 AM No comments:
Labels: kenduri puteri sulong pak Non 27/11/2010

Thursday, February 18, 2010

bersama Razali sekeluarga





Posted by rozdi at 3:25 PM No comments:
Labels: dirumah Razali semperna sambutan ulangtahun ke 22

Saturday, January 16, 2010

birthday adikya ke 10

Posted by rozdi at 5:16 PM No comments:
Labels: birthday dikya ke10

Birthday adikya ke 10







Posted by rozdi at 8:12 AM No comments:
Labels: birthday adikya
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

keluargaku duniaku

salam untuk semua

Welcome Signs from dolliecrave.com

WELCOME TO ROZDI BLOG

HIDUP INI PERGUNALAH DENGAN SEBAIK MUNGKIN

Cbox


my facebook

  • my facebook
  • facebook

E-mail

  • E-mail

LINK PERJUMPAAN SMVK'82

  • OPEN HOUSE RUMAH HUSAIN 24/9/11
  • KENDURI PUTERI SULONG PAK NON
  • PERJUMPAAN SMVK'82 PADA 17/10/2009

adik Auni Dayani

adik Auni Dayani
About Me Signs About Me Signs

Myspace Drop Down Menu

bengkel bahulu

bengkel bahulu
sedia menerima tempahan

kalendar Islam


Free Blog Content
Hello
:)
Background by PowerDirectory

Counter

html code
Free Web Counters

Time

Kuala Lumpur

Waktu Solat

  • Waktu Solat

About Me

My photo
rozdi
View my complete profile

Peluang pekerjaan

  • Kulim Worm Agro
  • Ternak Lintah info

Jutawan Tani

Blog Pertanian & Industri Asas Tani
  • My Kuliah
  • Ruang Pendidikan

WEB GENG

  • kak long
  • krt semarak1spkedah
  • Perkitas
  • shalisharp
  • Hairulpro
  • NEW KRT
  • KRT
  • Farhan Web Space
  • Wan Mahzan
  • vokasional kangar'82

Date /Clock

HENDAK MAIN GAME

  • MAIN GAME

TV POPULAR ANDA

  • tv malaysia
  • tv9
  • WAYANG KULIT
  • ASTRO
  • TVPAS
  • TV3

Ruang Pengetahuan

  • Amalan Harian
  • sembahyang sunat
  • Doa pagar rumah
  • Majalah Sinar
  • Himpunan Doa
  • MANGGA
  • Metro
  • Harakah
  • BERITA HARIAN
  • UTUSAN MALAYSIA

Blog Archive

  • April (1)
  • November (1)
  • February (1)
  • November (1)
  • February (1)
  • January (2)
  • November (1)
  • October (1)
  • July (1)
  • May (3)
  • April (1)
  • March (1)
  • October (1)
  • July (1)
  • June (3)
  • February (1)
  • January (5)
 

GALERY ABG KAHWIN

GALERY ABG KAHWIN

Majlis Ulangtahun ke 21

SMVK'82 DI KEDAI PAKYA PADANG SERA

SMVK'82 DI KEDAI PAKYA PADANG SERA
PADA 26/10/2008

Cetusan Rasa Cinta'84

Malam malam sebegini
Hatiku sering mengelamun
Apa yang difikirkan pun tak tahu
Tiba tiba sepi mengajarku
mencari isi rindu

Malam malam sebegini
Mengajarku berfikir segenak
sementara menanti mentari pagi
mengetahui hakikat hidup
perjuangan menentang rasa
Tahu tahu pagi menjelma

Malam malam sebegini
hatiku tertanya sendiri
adakah benar diriku ini aku
keu menjelma menyahut lagi
rindu membara dikatakan reda
bagaimana ia terjadi
berfikir mengelamun semula
tiada jawapan lalu terlena

TV PAS

Watch live video from tvmalaysia's channel on Justin.tv

Taubat

Hikmah bertaubat

Apakah taubat? Taubat dari segi bahasa bermakna kembali manakala erti istilah ialah kembali mendekatkan diri pada Allah setelah tersasar jauh daripada-Nya.


NIAT untuk bertaubat harus murni kerana ini memberi petanda kepada keikhlasan untuk mencari hidayah. - Gambar hiasan





TAUBAT adalah magnet paling kuat dan berkesan untuk berubah. Seorang yang jahat akan berubah menjadi baik setelah bertaubat, seorang yang bermulut lancang akan menjadi pendiam dan beradab setelah bertaubat dan seorang yang syirik menjadi alim setelah bertaubat.

Hakikat taubat adalah menyesal terhadap apa yang telah terjadi, meninggalkan perbuatan tersebut serta-merta dan memiliki keazaman yang kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa yang akan datang.

Taubat adalah sebuah keinginan untuk kembali kepada Allah. Landasan taubat adalah mencari Allah. Kecenderungan bertaubat terdetik di hati kerana keinginan yang membuak-buak untuk membuat perubahan dan penyesalan yang tidak terhingga.

Pertama sekali, niat untuk bertaubat harus murni. Kemurnian ini memberi petanda kepada keikhlasan untuk mencari hidayah dan semoga hidayah tersebut akan dilimpahkan ke atas hati yang sedar dan insaf. Kesucian inilah yang menarik kuat kasih sayang Allah.

Junjungan besar Rasulullah mengucapkan doa ini, yang dibaca setiap kali berwuduk iaitu: Ya Allah, jadikan hamba termasuk ke dalam 'At-Tawwabiin' (mereka yang bertaubat), dan jadikan hamba termasuk ke dalam 'al-Muthahhirin' (mereka yang disucikan). Bahkan Rasulullah pun masih memohon kepada Allah untuk dimasukkan ke dalam golongan orang yang bertaubat. Bagaimana pula dengan kita?

Keinginan taubatKeinginan untuk bertaubat adalah pilihan dan panggilan Allah terhadap hamba yang dikasihi-Nya. Sekiranya terdetik dalam hati dan mulai tumbuh bibit-bibit kegelisahan dalam hidup ataupun rasa kuat keinginan untuk kembali kepada-Nya, itulah tanda Allah sedang memanggil dan insya-Allah, hidayah sedang menusuk ke dalam hati kita.

Kesempatan ini harus digunakan sepenuhnya dan jangan sesekali diabaikan. Peluang sebegini bukannya mudah untuk mendapatkannya kerana hasrat untuk kembali kepada fitrah adalah suara hati setiap orang. Memilih untuk tidak mahu bertaubat dan tidak menghiraukan panggilan-Nya, maka orang itu termasuk orang yang zalim.

Seorang pemuda yang terlalu sedih kerana ditipu rakan wanitanya untuk berkahwin. Kesedihannya sangat panjang. Tiga tahun beliau menyimpan rasa kecewa. Setiap kali ada kesempatan beliau akan pergi ke tempat-tempat mereka pernah bersama, mengingati detik-detik indah dan ternyata keadaan itu membuatkannya berasa gembira. Tetapi apakan daya, wanita yang dicintainya ini seorang yang tidak setia dan tidak boleh dipercayai.

Runtunan hati yang merindui dan mengingati teman wanitanya membuatkan pemuda ini meluahkan isi hatinya kepada kaunselor yang berpengalaman. Mereka berhubung hanya melalui emel dan jawapan yang diberikan telah mengubah persepsinya selama ini.

Selepas tiga tahun menderita, akhirnya beliau melihat masih ada sinar dalam hidup yang tidak pernah beliau fikir. Berikut adalah jawapan yang mengubah paradigma dan membuatkan pemuda ini melihat masa depan yang lebih positif dalam hidupnya. Jawapan kaunselor kepada pemuda itu, begini:

Perasaan cinta kepada wanita itu adalah satu naluri semula jadi seorang insan. Namun, ia bukanlah harus disusuli dengan tindakan dan perbuatan yang melanggar hukum Allah kerana jika ini berlaku maka kita juga akan melawan hukum fitrah.

Cinta yang sejati sebenarnya akan lahir bukan sebelum perkahwinan tetapi selepas berkahwin kerana sesungguhnya Allah yang akan mempertautkan hati dua insan.

Jika Allah yang mempertautkan hati, ia akan berkekalan dan besar ertinya dalam kehidupan harian kita ini.

Persoalan mungkin timbul iaitu apa pula perasaan yang sedang saudara dan mungkin ribuan manusia di muka bumi ini merasainya - perasaan yang dirasai kepada seorang wanita sebelum perkahwinan.

Jika perasaan itu mendalam sehingga mengajak kepada satu tindakan yang kurang wajar seperti tidak tidur malam asyik memikirkan si kekasih, rindu dilepaskan dengan berjumpa selalu, yakinlah... dan yakinlah sebenar-benarnya ia bukan datang dari Allah tetapi dari syaitan yang terkutuk!

Syaitan yang membisikkan ke dalam diri seseorang insan itu agar terus berhubungan dan mempunyai perasaan yang bukan-bukan atas nama 'cinta' untuk mendekati seseorang.

Syaitan ada pada setiap diri anak Adam. Cuma bergantung kepada kita. Kalau kita kuat, syaitan tidak boleh buat apa-apa. Tetapi kalau kita lemah, kita mudah akan dipermainkan dan diperkotak-katikkan. Akhirnya, kita akan mudah menjadi hamba syaitan.


KEINGINAN untuk bertaubat adalah pilihan dan panggilan Allah terhadap hamba yang dikasihi-Nya. - Gambar hiasan


Percayalah, perasaan yang anda miliki ini adalah mainan syaitan dan bukannya 'cinta abadi' yang dicari oleh setiap insan.

Pokoknya kita kena bertaubat dan kembali kepada Allah dan tahu cara-cara bagaimana mencari isteri idaman agar dapat mencapai tahap kebahagiaan yang sebenar.

Kenangan RTV SMVK'82

Makan piza sekeluarga

Makan piza sekeluarga
Antara menu kegemaran anak anak

MY FRIEND SMVK'82

MY FRIEND SMVK'82

MY BEST FRIEND

MY BEST FRIEND